Mei 07, 2012

Kopi : kumpulan cerpen



Beg eksklusif Sitora Harimau Jadian punya pasal, tak semena-mena aku menghayun tangan menggapai buku Kopi ni di booth Fixi, KLBook Fair. Pada mulanya..kata mamat boroi cashier tu "kene amik 2 buku Fixi bang baru dapat beg ni" buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ni keluaran Dubook Press bukan Fixi...tapi ada pulak kat booth Fixi...kolaborasi barangkali...hampeh...kene amik gak satu buku lagi ni...usha buku Kopi, selak muka depan Edisi Terhad. Belek verso buku Cetakan Tunggal. Sambar je la walaupon tidak seperti kilat menyambar..rm15 je pun.

Sitora Harimau Jadian tu tak abis baca lagi so Kopi ni yang sudah khatam direview dulu. Walaupun tidak bertemankan secangkir kopi Alicafe hangat, buku ini dihadam perlahan-lahan menyusur segala rongga dan ruang galaksi anatomi badan.

Baca-punya-baca...macam ni rupanya buku indie. Ni la buku first ever and ever yang direview dan ni la buku first ever and ever indie yang dibaca. Macam selepas minum kopi jugak, jantung berdebar-debar, seram sejuk ada, senyum-senyum kopi pon ada, naik nafsu pon ada sikit dan rase tenang selepas melepas pon ada. Buku ni tidak wajib menjadi hidangan budak-budak under 21 lebih-lebih lagi yang nak mengadap SPM. Mau bercelaru tatabahasa dan tatasusila. Bagi iman yang teguh seperti aku saja yang boleh baca walaupun umur baru sweet 18 gitu. Maaf tak kelakar.

Buku ni menghimpun segala cerita pendek hasil nukilan penulis-penulis indie. Malas nak tulis nama mereka sebab aku memang malas. ahaha..Baca dua tiga helai je dah abis. Memang kena citarasa penggemar kopi 3 in 1 seperti aku. Cepat, sedap dan asyik. Ada cerpen gembira, sedih, kelakar, kiut, mengarut, lucah, gay, buang anak, vampire haus darah..sebab tu dibagitau cerpen ni kene budak-budak baya 21 ke atas baca. Bila dah matang baru boleh baca, itu pon kalau otak cerdik dan iman kuat, kalu bodoh bebal iman ke laut tak yah susah-susah baca, gi rempit lagi bagus. Itu pon kalau ada moto la..kalau ada basikal pon ok boleh berjinak-jinak dulu.

Ok sambung cerita pasal Kopi ni. Memang tidak disangka-sangka setiap ending cerpen tu. Lain pendahuluan, lain isi dan lain penutup. Memang lengkap karangan cerpen kopi ini seperti subjek Bahasa Melayu II. Tapi yang best sudah tentu ending setiap cerpen sebab memang tidak disangka-sangka lah ending dia. Memang aku suka tulis sangka-sangka sebab memang tidak disangka-sangka aku suka. ahahaha...

Perlu ke aku baca untuk kali kedua selepas khatam buat kali pertama? Tunggu la bila rasa muak kopi tu dah menyirap (takde kene mengena dengan sirap sebab ini buku Kopi), mungkin buku Kopi ini dibancuh dengan akal yang tenang sekali lagi.

Sementara ada lagi kat pasaran pegi la beli. Nama pon Edisi Terhad dan Cetakan Tunggal kan..